Thursday, 18 May 2017

PERCUTIAN 3 HARI 2 MALAM DI SABAH

Assalamualaikum. Ini merupakan entry pertama saya. Baru berjinak dalam dunia blog ni. Harap penulisan saya berguna kepada pembaca. Entry kali ni saya nak berkongsi pengalaman saya bercuti di Sabah bulan Mac lepasDisebabkan kekangan masa dan cuaca yang tak elok, tak banyak tempat kami explore. Lokasi utama percutian kami kali ini ke Kundasang dan Kota Kinabalu.

Kami membeli tiket flight bulan oktober tahun lepas dengan harga RM193 pergi balik dari KLIA2 ke KK. En tunang dan kawan2 dia bertolak dari penang ke KK, kalau tak silap harga dan masa bertolak lebih kurang sama. Kami mengambil flight pagi dan sampai ke KK airport lebih kurang pukul 1 petang. Perjalanan dari KL ke KK selama 2 jam setengah.

Hari pertama

Di airport KK, kami beratur di imegresen kaunter untuk isi borang putih. Borang putih tu simpan sebab nanti bila nak keluar dari sabah pulangkan kertas putih tu di imegresen kaunter. Kalau ada passport lagi senang. Pegawai akan cop passport saja tak perlu nak simpan borang putih.

Kami menyewa kereta Alza dengan harga RM180 sehari. Tak ingat nama brader tu sebab en tunang yang uruskan pasal pengangkutan. Selesai urusan, kami terus bertolak ke kundasang. Perjalanan ke kundasang lebih kurang 2 jam.

Dalam perjalanan ke kundasang, kami berhenti makan. Lunch saya nasi putih + udang masak butter datang sabah haruslah makan seafood en tunang pulak nasi putih + ayam lemon. Ayam lemon dia terlalu manis macam jus memang tak lalu kami nak makan.

 

 
Perjalanan kami ke kundasang agak slow disebabkan hujan lebat. Sampai di kundasang kami sempat bergambar dan redah hujan lebat untuk membeli kepak ayam tapi berbaloi sebab kepak ayam dia sangat marvelous. Kecewa sebaplan kami batal disebabkan hujan lebat.

 


  

Malam pertama di Ayana Holiday Resort yang kami booking melalui Agoda dengan harga RM218 untuk dua bilik deluxe queen with private balcony. Deposit RM100 untuk dua bilik. Resort ni memang cantik tapi tak recommend tinggal sini. Pertama, tempat parking berlecak disebabkan hujan lebat. Kedua, tangga ke bilik terlalu tinggi dan agak bahaya. Memang sangat tak sesuai untuk orang tua dan orang yang ada masalah kesihatan. Ketiga, disebabkan hujan lebat dan kami tak tahu nak buat apa jadi kami plan nak makan kepak ayam di balkoni bilik. Bila keluar saja dari bilik ada la dalam 5 6 ekor kucing dah menunggu kami. So kami pun lepak dekat balkoni sambil dikerumuni kucing-kucing yang lapar dengan ayam kami. Sharing is caring kan. Tiba-tiba, ternampak anjing besar dua ekor tengah panjat tangga menuju ke kami apa lagi kelam kabut la masuk bilik masing-masing. Malam pertama tu tiada aktiviti menarik selain tidur simpan tenaga untuk aktiviti esok. Dalam bilik sejuk air pun rasa macam ais. Cameron pun tak sejuk macam kat sini. Keempat, dalam bilik banyak serangga kecil2 tu tak tahu apa nama dia huhu.

 

 Gambar dari agoda


Hari kedua next post ya 😉😉

No comments:

Post a Comment

RAWATAN MUKA DI BEAUTY BAR NU SENTRAL

P ersediaan  6  bulan  sebelum majlis perkahwinan, saya dah mula  cari spa  kecantikan untuk melakukan rawatan muka.  Kebetulan masa jalan-j...