Friday, 19 May 2017

PERCUTIAN 3 HARI 2 MALAM DI SABAH (PART 2)

Sambungan dari post http://nurulhudamustapa90.blogspot.my/2017/05/percutian-3-hari-2-malam-di-sabah_18.html

Hari Kedua

Bergambar di kawasan resort sebelum check out
 

 

Kami berhenti di tepi jalan untuk bergambar dalam perjalanan ke Desa Dairy Farm

  


 

 

Sebelum masuk ke Desa Dairy Farm kami sempat bergambar dengan gunung kinabalu




   


 
 
Tiket masuk ke Desa Dairy Farm RM5/paxWaktu terbaik datang sini jam 9 pagi, Sebab masa tu boleh nampak gunung kinabalu.
 
 
 
 


  Datang sini wajib try susu segar yang ada pelbagai perisa. Ada jual pelbagai makanan yang berasaskan susu. Saya share dengan en tunang susu segar coklat, ice cream coklat dan yogurt burberry tapi tu pun tak habis. Yogurt memang kami tak boleh nak telan sebab lain betul rasa dia.

 

Kami terus bertolak ke tagal fish spa. Tak ingat harga tiket dia tapi rasa murah je dalam RM3 macam tu kalau tak silap. Kalau nak beli makanan ikan dalam rm0.50
 

Dalam perjalanan ke Rumah Terbalik, kami stop untuk lunch di kedai tepi jalan. Kawan en tunang Order nasi ayam ingatkan nasi ayam yang biasa kita makan tu tapi nasi ayam dia nasi putih+ayam masak kicap. 

Harga tiket masuk rumah terbalik RM10/pax. Di sini ada 3D art tapi kami tak masuk sebab rasa sama saja macam kat tempat lain. Di rumah terbalik, ada tour guide yang bercerita kisah rumah terbalik ni. Di dalam rumah ni di larang tangkap gambar.

  
 
   
 

 

 

Di Jambatan Tamparuli tiada yang menarik kecuali jambatan tergantung. Di sini, ada menjual pelbagai sayur-sayuran segar.

 

Kami terus bertolak ke KK untuk check in Hotel Grand Borneo yang kami booking melalui agoda dengan harga RM350 untuk dua standard room termasuk breakfast. Disebabkan kami booking melalui agoda jadi tak perlu ada deposit. Bilik dan breakfast hotel ni memang sangat puas hati dengan harga yang kami bayar memang sangat berbaloi. Next time kalau datang KK memang akan tinggal sini lagi. Cuma masalah dia parking hotel yang sangat limit. Terpaksa park di jockey parking dengan bayaran RM6 per entry. 

 



 Gambar dari agoda

Malam di KK kami jalan2 cari makan di philipines marketRamai pengunjung di sini nak cari parking pun susah. Selalu rambang mata dengan baju kasut tapi dekat sini rambang mata dengan makanan seafood. Agak kecewa sebab lobster takdaDah lama berangan nak makan lobster puas2 dtg sini. Nasib baik la en tunang ada belanja lobster masa kat penang hari tu so takdala kempunan sangat. Sebelum makan kami jalan2 di pasar basah dia. Geram tengok ikan udang sotong dia besar-besar murah pulak tu.

Kami decide makan malam di warung tak ingat nama hehe. Sebab kami pilih situ pelayan dia peramah dan situ ada banyak choice masakan. Kami order ketam masak telur masin, ikan susu+ikan kerapu merah bakar, udang masak butter, sotong masak merah, sayur rumpai laut, nasi putih 5 dan air kelapa dengan harga RM2++, harga yang takkan dapat di semenanjung. Sebab tu datang sabah wajib makan seafood sebab harga dia sangat murah. Dekat sini ada juga pisang rebus cicah dengan gula. En tunang macam tahu je ni makanan fevret saya masa kecil2 dulu mak selalu rebus pisang makan dengan gula. 

 
 Hantu ketam

Lepas makan kami ronda2 dekat KK. Cadang nak pergi hard rock café tapi disebabkan ada budak kecil di tambah pula masing2 dah mengantuk sebab kekeyangan kami terus balik ke Hotel. Bila sampai hotel, mata ni ngada2 pula tak boleh tidur. Call en tunang minta turun bawah jalan2 kat bawah hotel mana taw ada café ke boleh lepak sana. 

Tapi café semua tutup yang ada cuma pusat urut. Disebabkan expenses saya di sabah ditangung en tunang tambah pulak dia bawak kereta sepanjang hari so saya belanja dia foot massage. Masa kami sampai ada la dua tiga orang makcik mengeluh kesakitan di urut. En tunang pulak mengeluh sebab yang urut dia laki amboii gatal betul kan.


Hari ketiga di next post 😉😉


  

No comments:

Post a Comment

RAWATAN MUKA DI BEAUTY BAR NU SENTRAL

P ersediaan  6  bulan  sebelum majlis perkahwinan, saya dah mula  cari spa  kecantikan untuk melakukan rawatan muka.  Kebetulan masa jalan-j...