Thursday, 25 May 2017

DUGAAN DARI ALLAH

Saya ingatkan ketumbuhan di ketiak saya perkara yang tak serius. Kadang-kadang je rasa sakit tu pun time nak datang bulanSaya berjumpa dengan doctor pakar di Hospital Pantai KL selepas dirujuk dari klinik biasa.

 
Sumber dari google Hospital Pantai KL


Doktor pakar saya DR PATRICIA, perempuan india yang sangat baik. Dr Patricia cakap kanser ni bahaya sebab pada stage pertama dan kedua, selalunya patient tak rasa sakit. Bila dah stage 3 4 barulah patient akan rasa something wrong dengan badan mereka. Dia beri nasihat untuk mengurangkan risiko breast cancer saya kena bersalin atleast seorang anak sebelum umur 30 tahun (moga diberikan rezeki oleh ALLAH sebelum usia 30 tahun dah ada anak), kena menyusukan anak paling bagus sampai umur 2 tahun dan sekurang-kurangnya memiliki 3 orang anak. Satu perkongsian yang sangat bagus. Alhamdulillah, lepas buat ultrasound semuanya ok. Cuma doctor nak buang ketumbuhan ni sebab nak hantar lab tissue ni untuk pemeriksaan.

Pada 6/2/2017pukul 8 pagi saya mendaftar di kaunter admission di Hospital Pantai Kuala Lumpur.  Sebelum melakukan pembedahan, ada prosedur yang perlu saya ikut. Pembedahan dilakukan jam 11 pagi jadi saya perlu berpuasa dari jam 7 pagi. Last meal saya pukul 6.30 pagi, itu pun hanya dibenarkan makan biskut air milo. 

Ditolak dua orang nurse perempuan dari bilik ke bilik bedah. Dalam bilik bedah, yang saya ingat ada seorang nurse lelaki dan doctor bius, tak ingat nama doctor ni tapi dia ada title Dato. Lepas je dia cucuk, saya terus tak ingat apa-apa. Bila saya sedar je ada seorang nurse india perempuan kejutkan saya. Bila saya buka mata, kepala saya pening macam blur, tekak saya sakit dan ofkos la ketiak saya sakit. 

Dalam bilik OT, memang kelam kabut.  Ye la ada macam-macam patient kat dalam tu. Ada yang muntah tak sedarkan diri. Alhamdulillah, saya tiada masalah. Masa doctor cakap yang saya akan full pengsan masa bedah memang rasa takut. Takut nanti langsung tak sedarkan diri.

Masuk dalam bilik, dah ada nasi putih+ayam masak kicap untuk makan lunch. What lepas bedah makan ayam?? Doktor cakap makan je takde pantang apa2. 

 Tiub tu terus sambung dari tempat bedah untuk mengelakkan darah terkumpul di tempat bedah. Seminggu lepas bedah baru boleh cabut 

Selama 26 tahun, ni kali pertama masuk wad. Nasib baik tiga hari dua malam je. Duduk pulak bilik sorang-sorang. Boring yang amat. Tapi dekat sini makanan dia best. Setiap hari ada satu senarai makanan. So kita boleh choose nak makan apa untuk 6 kali meal. Nurse pulak baik. Masa hari pertama setiap sejam dia akan datang tengok keadaan saya. Dia siap pesan kalau nak pergi toilet panggil dia sebab hari pertama selepas bedah memang sangat pening takut jatuh kat toilet. Tapi saya kuatkan diri pergi toilet sendiri sebab segan  nak minta nurse temankan. 

Hari pertama  saya taknak terima any visitor sebab saya nak tidur saja mungkin kesan dari ubat bius. Bangun pun sebab nak makan saya ni sakit-sakit pun tetap kuat makan hehe. 

Bila result dah keluar dari lab, ketumbuhan tersebut bukanlah tumor atau kanser cuma extra tissue dan lemak. Syukur sangat-sangat.  Selepas pembedahan, saya kena follow up dengan Dr Patricia 3 kali. Setiap kali follow up saya kena tunggu paling kurang 2 jam. Ni hospital swasta pun kena tunggu lebih 2 jam.  Last follow up ingat lagi pesanan Dr Patricia.

Dr: see you when you reach age 40.

Me: Hah? Why? 

Dr:  do mamogram

 

Ishh doctor ni buat cuak je. Sementara menunggu turn jumpa doctor, saya ada berborak dengan seorang perempuan india yang pernah kena breast cancer stage 3 tapi dia dah sembuh sekarang. Cuma sekarang dia perlu datang jumpa doctor 6 bulan sekali untuk memastikan cancer tu tak serang dia semula. Dia cerita pada mulanya dia berjumpa dengan Dr Patricia sebab ada ketulan kecil di breast dia tapi tak sakit. Masa buat pemeriksaan fizikal, doctor cakap itu Cuma ketulan yang mengandungi air tapi doctor sarankan dia untuk buat mamogram sebab usia dia dah lebih 40 tahun. Dari mammogram la baru dia dapat tahu yang dia ada breast cancer stage 3. Dia cakap dia seorang yang sangat menjaga makan, menjalani gaya hidup sihat dan menyusukan bayi tapi kenapa dia terkena penyakit ni? 

 

Hampir sebulan selepas pembedahan, saya takde suara. Malam susah tidur sebab batuk. Nak pakai baju mandi solat pun susah sebab tak boleh nak angkat tangan kanan.

Alhamdulillah sekarang saya dah fully recover.  Terima kasih semua yang mendoakan kesihatan saya dan memberi sokongan moral. Doakan saya lepas ni kalau saya masuk wad pun sebab bersalin je. Tu pun takut jugak 😰😰.

No comments:

Post a Comment

RAWATAN MUKA DI BEAUTY BAR NU SENTRAL

P ersediaan  6  bulan  sebelum majlis perkahwinan, saya dah mula  cari spa  kecantikan untuk melakukan rawatan muka.  Kebetulan masa jalan-j...