Friday, 11 August 2017

RAWATAN MUKA DI BEAUTY BAR NU SENTRAL

Persediaan 6 bulan sebelum majlis perkahwinan, saya dah mula cari spa kecantikan untuk melakukan rawatan muka. Kebetulan masa jalan-jalan di Nu Sentral spa ni ada buat promosi. Pada mulanya saja nak try seminggu sebelum majlis pertunangan. Akibat termakan dengan pujukan beautician terus beli pakej 5x treatment dengan harga hampir RM2K, masa tu fikir takpelah seumur hidup sekali nak kahwin punya pasal kan. Walaupun harga agak mahal tapi rasa berbaloi dengan rawatan.



First time buat rawatan, muka merah dua tiga hari baru hilang. Muka merah bukan disebabkan alahan dengan produk atau mesin yang mereka gunakan tapi disebabkan kulit muka sensitif dan kering. Beautician cakap ni akibat dari pakai healing dan whitening produk. 

Alhamdulillah, selepas beberapa kali buat rawatan kulit muka kurang sensitif, kulit dah tak kering dan whitehead pun dah kurang. Mungkin skincare yang saya guna pun membantu merawat masalah ni. Seronok sebenarnya buat facial ni sebab kita dibelai. Semua orang suka dibelai kan. Dua jam rawatan tak terasa pun sebab tidur hehe. Cuma time dia buang whitehead tu kena tahan la menangis.

Produk yang digunakan adalah Matis skincare. Kalau tak silap produk ni dari France.



Pakej yang saya beli termasuk la sekali rawatan

-  Consultation. Lepas mereka cek kulit muka then mereka akan suggest rawatan dan skincare apa yang sesuai dan dapat menyelesaikan masalah kulit muka. Saya mampu beli dua produk ni saja. Kalau beli satu set harga dah mencecah ribuan. 






- Foot scrub and soak. Dalam 15 minit juga rendam kaki sambil minum hot tea.





- Basic treatment seperti makeup removal, face cleansing, cleansing cream, toning treatment, 2x face mask dan serum. Aku suka pakai mask yang kedua tak tahu apa nama dia sebab rasa sejuk sangat kulit. 

-  Ada dua machine. Satu, aqua peel machine untuk membuang sel-sel kulit mati. Kedua, oxygen machine untuk memberi oxygen yang cukup pada kulit muka dan mengurangkan sensitif kulit. 





- Head and shoulder massage. Saya memang suka kena urut sebab badan dan minda rasa relax je. 

Mesti ramai yang nak melakukan facial kan tapi tak cukup masa,anak kat rumah tiada siapa yang boleh jaga atau harga facial yang terlalu mahal. Jangan risau saya ada penyelesaiannya jom cuba spa bergerak saya. Cuma hubungi saya di 0194660378. Jom cantik dengan huda cantique spa

No comments:

Post a Comment

RAWATAN MUKA DI BEAUTY BAR NU SENTRAL

P ersediaan  6  bulan  sebelum majlis perkahwinan, saya dah mula  cari spa  kecantikan untuk melakukan rawatan muka.  Kebetulan masa jalan-j...